
Assalamualaikum w.b.t.,
Kami dari SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada Tabung Pembangunan SDARY bagi tujuan Wakaf Meja Peperiksaan. Setakat ini, kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM8,748.85 daripada jumlah yang diperlukan iaitu RM16,000.00.
Namun, usaha kita masih belum selesai, dan sumbangan anda amat kami perlukan untuk mencapai sasaran ini. Dengan hanya RM160, anda boleh mewakafkan satu set meja dan kerusi yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kita untuk sesi peperiksaan mereka.
Konsep sedekah dan wakaf termasuk menyediakan kemudahan pendidikan juga mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Setiap sumbangan yang anda hulurkan akan menjadi amal jariah yang berpanjangan, insyaAllah.
Untuk maklumat lanjut atau sumbangan, sila hubungi:
Hussin Bin Maidin: 017-255 5123
Norzalina Md Dom: 019-667 3637
Maklumat bank untuk sumbangan: Maybank - PIBG S.D.A.R.Y Nombor Akaun: 0040 5850 0774
Semoga setiap sumbangan yang anda berikan menjadi asbab keberkatan dan pahala yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Aamiin.
Terima kasih atas sokongan anda!