• Main
  • News

Kepada Para Alumni Ibu Bapa Guru Guru Dan

Kepada Para Alumni Ibu Bapa Guru Guru Dan

Kepada para alumni, ibu bapa, guru-guru, dan seluruh masyarakat, kami merayu sokongan dan sumbangan anda dalam usaha mengumpul dana untuk Tabung Pembangunan Wakaf Meja Peperiksaan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub (SDARY).

Dengan sumbangan anda, sekolah dapat menyediakan kemudahan meja dan kerusi peperiksaan yang lebih selesa bagi pelajar-pelajar. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dalam menjayakan projek ini.

Dana yang diperlukan sebanyak RM16,000, dan setakat ini kami baru mengumpul RM955. Kami mengharapkan keprihatinan anda semua untuk mencapai sasaran ini demi kesejahteraan pelajar.

Satu set meja dan kerusi hanya berharga RM160. Sumbangan anda boleh dibuat melalui akaun PIBG SDARY (Maybank: 0040 5850 0774), dengan rujukan "Meja Peperiksaan".

Marilah kita bersama-sama membina masa depan anak-anak kita dengan memberi sumbangan yang mampu memudahkan perjalanan akademik mereka. Sokongan anda amat kami hargai.

Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan sila hubungi https://wa.me/60172555123?text=Tabung%20Pembangunan%20SDARY


About Us