
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Kepada para alumni, ibu bapa, dan masyarakat yang dihormati,
Dengan segala hormatnya, PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (PIBG SDARY) ingin memohon sumbangan derma daripada pihak tuan/puan bagi tujuan pembelian peralatan yang akan digunakan untuk kemudahan guru dan murid di sekolah kami. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk meningkatkan kualiti pendidikan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
Sumbangan ikhlas daripada tuan/puan, sama ada kecil atau besar, amatlah dihargai dan akan memberi manfaat yang besar kepada warga sekolah kami. Dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, kami yakin dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik kepada anak-anak kita. Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan, sila hubungi En Hussin bin Maidin (Setiausaha PIBG) https://wa.me/60172555123
Kami amat berterima kasih atas segala sumbangan dan perhatian yang diberikan. Semoga segala usaha dan sumbangan tuan/puan mendapat keberkatan dan ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PROF MADYA DR. IMRAN BIN MOHD IBRAHIM
Yang Dipertua
PIBG SDARY