???? SEKITAR MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA SMKDARY 2026 ????
Alhamdulillah, semalam (6 April 2026) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Minggu Bahasa peringkat SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SMKDARY) dengan meriah dan jayanya! ????
Majlis anjuran Panitia Bahasa ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Ar-Rahman, dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua kita, Tn. Hj. Saufi Mat Kahar .
Dalam amanat beliau, Tuan Pengetua telah menekankan betapa pentingnya penguasaan dan kecintaan kita terhadap bahasa. Pelbagai persembahan dan gimik pelancaran yang menarik turut menghiasi majlis pagi semalam! ????
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Habibah Bib selaku GKMP Bahasa SDARY dan seluruh jawatankuasa Panitia Bahasa atas penganjuran majlis yang lancar ini. Buat semua anak-anak pelajar SMKDARY, jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik yang telah disusun sepanjang minggu ini. Serlahkan bakat terpendam anda! ????????
Teruskan kecemerlangan, warga SMKDARY!
#MingguBahasa2026 #SMKDARY #PanitiaBahasa #MemartabatkanBahasa #KecemerlanganSMKDARY