???? SELAMAT HARI GURU BUAT SELURUH WARGA PENDIDIK SDARY ????
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersempena dengan hari yang cukup bermakna ini, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SDARY). ✨
Bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini, iaitu "Guru Bitara Nadi Negara", peranan besar yang digalas oleh setiap pendidik amatlah disanjung tinggi. Segala dedikasi, pengorbanan, dan kasih sayang yang tidak ternilai daripada barisan guru merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi masa depan negara.
Dalam usaha bersama untuk terus memacu SDARY ke mercu kecemerlangan, komitmen jitu guru-guru adalah amat kritikal. Perjalanan ini bukan sekadar mencurahkan ilmu, tetapi bermatlamat untuk merealisasikan kemenjadian murid yang holistik.
Semoga kita semua terus beristiqamah dalam melahirkan anak didik yang teguh berpegang kepada prinsip:
???????? Beradab
???? Berilmu
???? Berdisiplin
???? Berwawasan
???? Berakhlak Mulia
Kecemerlangan yang didambakan memerlukan keazaman yang utuh. Berbekalkan semangat keramat moto sekolah kita, "Berusaha dan Berjaya", marilah kita terus melangkah sederap ke hadapan.
Jasa dan bakti tulus ikhlas yang telah dicurahkan oleh setiap guru di SDARY ini sememangnya tiada tandingan. Teruskan melangkah dengan penuh wibawa!
Terima kasih, Cikgu! ❤️????
HJ Saufi Mat Kahar
Pengetua
SDARY
#TEAMsdary
#HariGuru2026
#GuruBitaraNadiNegara #KecemerlanganSDARY #BerusahaDanBerjaya #TerimaKasihCikgu #KemenjadianMurid